Polyglot Gathering Online 2021

Terjemahan ke bahasa Melayu sudah 88% lengkap. Semua maklumat terkini boleh didapati dalam bahasa Inggeris serta .
Dalam talian
20-23 Mei 2021

Hai! Pernah dengar tak tentang Polyglot Gathering?

Polyglot Gathering ialah acara peringkat antarabangsa yang terbesar bagi para tuturencam dan pencinta bahasa yang dianjurkan pada akhir bulan Mei setiap tahun. Acara yang hebat ini penuh dengan ceramah dan pembentangan yang menarik, aktiviti kebudayaan dan program sosial yang menghiburkan. Nak tahu apa yang paling menarik? Semuanya berkaitan dengan bahasa!

Semasa acara ini berlangsung, para peserta berkongsi rasa cinta dan menunjukkan semangat mereka untuk budaya dan bahasa, berkongsi nasihat dan pengalaman, dan yang paling penting mereka menggunakan banyak bahasa agar mereka dapat berbincang, mendengar, belajar dan bergaul antara satu sama lain. Para pelajar, guru, peminat bahasa, pemula, profesional, saintis, pendidik, Polyglot Gathering ada di sini untuk kita semua! Anda dah bersedia?

Pada tahun 2021, Polyglot Gathering akan berlangsung secara dalam talian buat kali kedua!

Polyglot Gathering edisi pertama telah berlangsung di Berlin, Jerman pada tahun 2014-2016, seterusnya di Bratislava, Slovakia pada tahun 2017-2019, dan akhirnya, acara ini telah berlangsung secara atas talian pada tahun 2020 disebabkan wabak COVID-19. Pada tahun ini anda boleh nantikan kemunculan Polyglot Gathering Online 2021, sekali lagi pada 20-23 Mei 2021.

Eh, jadi maksudnya Polyglot Gathering takkan berlangsung di Teresin, Poland pada tahun ini lah?

Malangnya, tidak, kerana wabak COVID-19 masih lagi berlaku dan kami tidak mahu merisikokan keselamatan para peserta kami dengan menganjurkan acara berskala besar di peringkat antarabangsa pada zaman yang mencabar ini. Kami pun tak sabar nak bertemu anda semua, tapi kami boleh berbuat demikian pada tahun hadapan kerana Polyglot Gathering di Teresin, Poland telah ditangguhkan ke bulan Mei 2022.

Sudahkah anda membeli tiket untuk Polyglot Gathering 2020 di Poland (sebelum ia ditunda) dan telah menukar pendaftaran ke tahun 2021? Mantap! Bukan sahaja ia boleh digunakan sebagai tiket untuk Polyglot Gathering 2022, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai tiket untuk Polyglot Gathering Online 2021 tanpa sebarang caj tambahan. Sila semak emel anda untuk maklumat lanjut.

Apa kata para peserta pada tahun lepas?

Apa yang saya boleh jangkakan daripada Polyglot Gathering Online tahun ini?

Kami gembira anda bertanya! Kami faham, Polyglot Gathering tanpa kesempatan bertemu para tuturencam yang lain secara langsung memang takkan sama. Tetapi kami tahu betapa pentingnya bagi para peserta kami untuk bertemu pada setiap tahun dan belajar daripada satu sama lain, maka oleh sebab itu kami ingin mengembangkan lagi acara tahun lepas dan menjadikan Polyglot Gathering Online 2021 sebuah pakej lengkap yang penuh dengan pengalaman belajar bahasa secara dalam talian yang unik!

Pembentangan yang menarik

Bersedia untuk mendapatkan ilham daripada para tuturencam dari seluruh dunia yang akan berkongsi pengalaman mereka dengan memberi ceramah secara langsung dalam banyak bahasa mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan bahasa. Sama ada anda ingin meneroka sesuatu bahasa dengan lebih mendalam, atau anda ingin mempelajari kaedah-kaedah belajar bahasa yang berbeza, terdapat lebih daripada cukup ceramah-ceramah yang menarik untuk anda pilih.

Setelah sesi ceramah secara langsung berakhir, anda boleh menonton ceramah tersebut seberapa banyak kali yang anda inginkan selama 1 bulan selepas berakhirnya Polyglot Gathering Online 2021. Padu kan?

Reruang praktis bahasa

Nak tak praktis bahasa Perancis, Jerman, Indonesia atau Swahili? Jangan risau, kami ada! Reruang praktis bahasa yang sangat popular akan kembali semasa Polyglot Gathering Online tahun ini dan anda boleh berlatih bercakap dalam pelbagai bahasa semasa acara ini dengan para tuturencam yang lain. 1 bahasa, 1 jam, 1 ruang, pilih satu dan jalan terus!

Program penuh kepelbagaian

Selain daripada ceramah-ceramah, Polyglot Gathering Online 2021 akan menawarkan banyak aktiviti berkaitan bahasa yang menghiburkan yang mana anda boleh turut serta sebagai penonton atau peserta yang aktif. Buat masa ini, kami sedang merancang banyak kejutan yang hebat untuk anda, maka tunggu sebentar sementara kami mengumumkan butiran yang lebih terperinci.

Aktiviti sosial dan budaya

Ayuh kita bergembira bersama-sama dan berkenalan antara satu sama lain dalam suasana berbilang bahasa! Polyglot Gathering sentiasa menekankan orang-orang di dalamnya serta meraikan kepelbagaian latar belakang, budaya dan juga bahasa yang indah. Walaupun semuanya berlangsung secara dalam talian buat masa ini, acara ini akan membuatkan anda berinteraksi dengan orang lain dan membolehkan anda merasai dan menerima suasana tuturencam sepenuhnya.

Menjadi sebahagian daripada komuniti tuturencam yang aktif

Kumpulan Telegram kami yang meriah kini sedang aktif dan akan kekal dibuka semasa dan selepas Polyglot Gathering Online 2021. Nak tak cari orang lain yang berkongsi minat sama dan berkenalan dengan mereka sebelum Gathering? Nak tak berkomunikasi dengan orang lain semasa sesi berlangsung sebab nak tahu orang lain buat apa semasa sesi selari? Nak tak terus berhubung dengan kenalan dan kawan baru selepas program? Jika jawapan anda “ya”, inilah tempatnya!

Klik sini untuk pergi ke kumpulan Telegram Polyglot Gathering Online 2021.

Sijil kehadiran

Setiap peserta akan menerima sijil kehadiran melalui emel selepas acara ini tamat. Tunjukkan sijil tersebut dengan penuh bangga di sekolah, universiti, tempat kerja anda, atau pada nenek atau cucu anda!

Siapakah penganjur acara ini?

Judith Meyer, Chuck Smith dan Martin Sawitzki ialah para pengasas serta penganjur acara ini bagi tiga edisi pertama pada tahun 2014-2016. Setelah itu, Polyglot Gathering telah berpindah dari Berlin, Jerman ke Bratislava, Slovakia dan sejak daripada itu acara ini telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, Education@Internet (E@I), dengan Peter Baláž sebagai penganjur utama, serta satu pasukan khas pertubuhan ini yang terdiri daripada para tuturencam dan lain-lain penganjur.

Baca lebih lanjut tentang penganjur

Education@Internet (E@I) merupakan sebuah pasukan antarabangsa yang mengendalikan projek-projek secara dalam talian yang aktif buat kali pertama pada tahun 1999. Menggunakan kepakaran pasukan, E@I telah ditubuhkan secara sah pada tahun 2005 sebagai sebuah pertubuhan belia bukan kerajaan yang neutral dari sudut politik.

Visi E@I ialah dunia yang harmoni dan aman, di mana semua warganya dapat berkomunikasi di seantero dunia dengan mudah dan pantas.

Aktiviti-aktiviti pertubuhan ini telah dijalankan seiring dengan visi ini, serta dibantu oleh sekumpulan sukarelawan antarabangsa. Aktiviti-aktiviti ini termasuk menganjurkan dan menyokong projek-projek yang memupuk kepentingan dan kegunaan komunikasi antarabangsa tanpa halangan.

Jika anda menghargai usaha pertubuhan ini berkaitan Polyglot Gathering dan anda ingin menyumbang bagi merealisasikan aktiviti-aktiviti pertubuhan ini, anda dialu-alukan untuk menyumbang dari sudut kewangan bagi memastikan kemapanan projek pertubuhan ini.

Ikuti Polyglot Gathering di media sosial untuk mendapatkan kemas kini terbaru