Polyglot Gathering Online 2021

Terjemahan ke bahasa Melayu sudah 88% lengkap. Semua maklumat terkini boleh didapati dalam bahasa Inggeris serta .

Soalan Lazim

Bagaimana cara untuk saya mendaftarkan diri?

Sila isi borang pendaftaran.

Berapa yuran untuk acara ini?

Maklumat lanjut berkenaan yuran boleh didapati di halaman pendaftaran.

Di manakah Polyglot Gathering akan berlangsung?

Disebabkan wabak COVID-19, Polyglot Gathering 2021 akan dianjurkan secara maya - anda boleh menyertai dari mana-mana sahaja asalkan anda mempunyai sambungan internet.

Pada tahun hadapan, Polyglot Gathering akan berlangsung di Poland, seperti yang telah dirancang bagi tahun 2020.

Saya hanya boleh bertutur dalam satu bahasa. Bolehkah saya turut serta?

Sudah tentu! Walaupun Gathering ini untuk para pencinta bahasa, tiada syarat tertentu untuk berapa banyak bahasa yang anda perlu kuasai. Sekiranya anda telah melihat jadual program tahun lalu (atau telah menonton video dari edisi yang lepas) dan anda rasa anda akan nikmati acara seperti ini, kehadiran anda dialu-alukan. Para peserta bertutur daripada satu hingga >30 bahasa, dengan median sebanyak 6 bahasa.

Bahasa apakah yang akan digunakan semasa Gathering?

Semua peserta Polyglot Gathering mempunyai profil dengan senarai bahasa yang mereka ingin gunakan. Menukar bahasa ketika perbualan atau ketika orang lain menyertai perbualan ialah perkara biasa. Bahasa yang paling kerap digunakan ialah bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman, Rusia dan Esperanto. Anda tak perlu terkejut kalau orang di sekeliling anda kadangkala bercakap dalam bahasa yang anda tak pernah dengar sebelum ini. Kebanyakan pembentangan akan berlangsung dalam bahasa Inggeris, namun bahasa lain turut digunakan. Bahasa yang akan digunakan pada setiap pembentangan akan dipaparkan di dalam jadual program.

Adakah pendaftaran/pembayaran saya telah diterima?

Untuk pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan serta-merta. Jika anda tidak menerima emel tersebut, sila hubungi kami. Pemindahan wang yuran biasanya akan mengambil masa beberapa hari untuk diproses oleh bank. Apabila wang anda telah diterima, kami akan menghubungi anda beberapa hari selepas itu.

Saya tidak dapat memindahkan wang kepada anda sebelum pendaftaran. Apa yang boleh saya buat?

Jika anda tidak dapat memindahkan wang yuran anda kepada kami sebelum pendaftaran, sila beritahu kami. Secara amnya, kami memerlukan bayaran terlebih dahulu, namun kami boleh membuat pengecualian bagi kes terpencil.

Adakah ini Polyglot Conference yang lain?

Bukan, Polyglot Conference ialah sebuah acara berasingan yang dianjurkan oleh rakan kami Richard Simcott dan Alex Rawlings yang berlangsung di negara yang berbeza setiap tahun. Terdapat satu lagi acara yang sangat kami syorkan iaitu LangFest yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun di Kanada. Kesemua tiga acara ini merupakan usaha untuk mempertemukan para tuturencam dan pencinta bahasa serta membolehkan komuniti tuturencam untuk berkumpul dan berkongsi minat yang mendalam terhadap bahasa. Kami berasa sangat gembira untuk menerima para peserta yang telah menghadiri Polyglot Conference dan LangFest dan kami ingin bertemu semula para pencinta bahasa yang sehaluan dengan kami.