Soalan Lazim
Adakah Polyglot Gathering akan dianjurkan pada tahun 2026? Di manakah?
Pada tahun ini kami telah menyediakan dua acara untuk anda:
- Polyglot Gathering Online dari 5 hingga 8 Mac,
- Polyglot Gathering secara bersemuka di Brno, Republik Czech dari 27 hingga 31 Mei.
Kedua-dua acara ini merupakan acara-acara yang berbeza dan memerlukan pendaftaran yang berasingan. Pendaftaran dan pembayaran untuk satu acara tidak bermakna anda telah mendaftarkan diri untuk kedua-duanya sekali.
Bagaimana saya boleh mendaftarkan diri? Berapa yuran untuk acara ini?
Pendaftaran telah dibuka untuk Polyglot Gathering Online. Harga tiket ada disenaraikan pada halaman pendaftaran.
Pendaftaran untuk Polyglot Gathering secara bersemuka di Brno, Republik Czech telah dibuka. Harga tiket ada disenaraikan pada halaman "Bagaimana cara untuk turut serta".
Tentang Polyglot Gathering di Republik Czech secara bersemuka
Adakah pendaftaran saya untuk Polyglot Gathering secara bersemuka juga sah untuk Polyglot Gathering Online?
Sekiranya anda telah mendaftarkan diri untuk Polyglot Gathering secara bersemuka sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum 25 November, anda akan didaftarkan secara automatik untuk acara Polyglot Gathering secara dalam talian tanpa sebarang bayaran. Selepas 25 November, anda perlu mendaftarkan diri secara berasingan untuk kedua-dua acara. Pendaftaran dan pembayaran untuk satu acara tidak bermakna anda telah mendaftarkan diri untuk kedua-duanya sekali.
Adakah pendaftaran/pembayaran saya telah diterima?
Untuk pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan serta-merta. Jika anda tidak menerima emel tersebut, sila hubungi kami. Pemindahan wang yuran biasanya akan mengambil masa beberapa hari untuk diproses oleh bank. Apabila wang anda telah diterima, kami akan menghubungi anda beberapa hari selepas itu.
Adakah saya memerlukan visa untuk ke Republik Czech?
Anda boleh semak di sini tentang keperluan visa ke Republik Czech yang bergantung kepada kewarganegaraan anda. Sekiranya perlu, dapatkan visa Schengen anda dengan kadar segera.
Tentang Polyglot Gathering Online
Apakah platform yang akan kita gunakan?
Kami akan menggunakan platform acara maya pelbagai bahasa yang dinamakan Retevent. Untuk pengalaman yang lebih baik, kami mencadangkan anda menggunakan komputer dengan sambungan Internet berwayar dan fon telinga dengan mikrofon. Kadangkala, telefon pintar hanya mempunyai sokongan yang terhad.
Pada 4 Mac, semua peserta yang berdaftar akan menerima satu emel bersama-sama pautan untuk masuk ke platform dan maklumat log masuk. Anda tidak perlu memuat turun apa-apa perisian, anda cuma perlukan pelayar web (penggunaan Chrome atau Firefox digalakkan).
Adakah program ini sesuai untuk zon waktu saya?
Kami sedang berusaha untuk menjadikan acara ini seantero global yang mungkin. Oleh sebab itu, kami berhasrat untuk membuat jadual yang sesuai bagi zon-zon waktu yang berbeza.
Semua ceramah akan dirakam dan anda akan dapat menonton kesemuanya pada waktu yang sesuai buat anda, walaupun selepas acara ini berakhir. Platform ini akan kekal tersedia selama sebulan selepas berakhirnya Polyglot Gathering.
Apa yang saya akan dapat dengan tiket dalam talian saya?
Ceramah secara langsung dan reruang sembang pelbagai bahasa akan dianjurkan pada tarikh rasmi Polyglot Gathering Online (dari 5 hingga 8 Mac). Platform dalam talian ini akan kekal tersedia sepanjang sebulan selepas acara ini! Anda boleh mengakses kepada rakaman ceramah yang anda terlepas melalui platform tersebut.
Adakah pendaftaran saya untuk Polyglot Gathering Online juga sah untuk Polyglot Gathering secara bersemuka?
Sekiranya anda telah mendaftarkan diri untuk Polyglot Gathering secara bersemuka sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum 25 November, anda akan didaftarkan secara automatik untuk acara Polyglot Gathering secara dalam talian tanpa sebarang bayaran. Selepas 25 November, anda perlu mendaftarkan diri secara berasingan untuk kedua-dua acara. Pendaftaran dan pembayaran untuk satu acara tidak bermakna anda telah mendaftarkan diri untuk kedua-duanya sekali.
Bolehkah tiket untuk Polyglot Gathering Online dipulangkan?
Tiket untuk Polyglot Gathering Online tidak dapat dipulangkan.
Adakah pendaftaran saya telah diterima?
Untuk pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan serta-merta. Jika anda tidak menerima emel tersebut, sila semak folder spam anda. Jika tiada juga, sila hubungi kami.
Tentang kedua-dua acara
Bolehkah saya menyumbang untuk program ini?
Ya, kami sedang menerima cadangan-cadangan untuk pembentangan serta bengkel (sesi percubaan 45 minit). Pembentangan boleh dibuat dalam mana-mana bahasa utama atau sesetengah bahasa yang lain. Para pembentang harus didorong oleh perasaan ingin berkongsi semangat mereka dengan komuniti multibahasawan. Sila isi borang untuk menghantar kertas cadangan anda bagi Polyglot Gathering Online atau Polyglot Gathering in Brno.
Saya hanya boleh bertutur dalam satu bahasa. Bolehkah saya turut serta?
Sudah tentu! Walaupun Gathering ini untuk para pencinta bahasa, kami tidak mensyaratkan anda untuk menguasai sejumlah bilangan bahasa. Sekiranya anda telah melihat jadual program tahun lalu (atau telah menonton video dari edisi yang lepas) dan anda rasa anda akan nikmati acara seperti ini, kehadiran anda dialu-alukan. Para peserta bertutur daripada satu hingga >30 bahasa, dengan median sebanyak 6 bahasa.
Bahasa apakah yang akan digunakan semasa Polyglot Gathering?
Semua peserta Polyglot Gathering boleh menyatakan bahasa yang mereka ingin gunakan ketika berkomunikasi dengan orang lain. Ada peserta yang menukar bahasa ketika perbualan atau ketika orang lain menyertai perbualan. Ini ialah perkara biasa. Bahasa yang paling kerap digunakan ialah bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman, Rusia dan Esperanto. Anda tak perlu terkejut kalau orang di sekeliling anda kadangkala bercakap dalam bahasa yang anda tak pernah dengar sebelum ini. Kebanyakan pembentangan akan berlangsung dalam bahasa Inggeris, namun bahasa lain turut digunakan. Bahasa yang akan digunakan pada setiap pembentangan akan dipaparkan di dalam jadual program.
Adakah ini Polyglot Conference yang lain?
Bukan, Polyglot Conference ialah sebuah acara berasingan yang dianjurkan oleh rakan kami Richard Simcott dan Alex Rawlings yang berlangsung di negara yang berbeza setiap tahun dan kini secara dalam talian. Kedua-dua acara ini merupakan usaha untuk mempertemukan para multibahasawan dan pencinta bahasa serta membolehkan komuniti multibahasawan untuk berkumpul dan berkongsi minat yang mendalam terhadap bahasa. Kami berasa sangat gembira untuk menerima para peserta yang telah menghadiri Polyglot Conference dan kami ingin bertemu semula para pencinta bahasa yang sehaluan dengan kami.
