Hai! Pernah dengar tak tentang Polyglot Gathering?
Polyglot Gathering ialah acara bagi para multibahasawan dan pencinta bahasa peringkat antarabangsa yang terbesar yang dianjurkan pada akhir bulan Mei setiap tahun. Acara yang hebat ini penuh dengan ceramah dan pembentangan yang menarik, aktiviti kebudayaan dan program sosial yang menghiburkan. Nak tahu apa yang paling menarik? Semuanya berkaitan dengan bahasa!
Semasa acara ini berlangsung, para peserta berkongsi cinta dan menunjukkan semangat mereka untuk budaya dan bahasa, berkongsi nasihat dan pengalaman, dan yang paling penting mereka menggunakan banyak bahasa agar mereka dapat berbincang, mendengar, belajar dan bergaul antara satu sama lain. Para pelajar, guru, peminat bahasa, pemula, profesional, saintis, pendidik, Polyglot Gathering ada di sini untuk kita semua! Anda dah bersedia?
Surat berita
Jika anda ingin kami beritahu anda sebaik sahaja pendaftaran untuk Polyglot Gathering 2026 dibuka, isikan alamat emel anda!
Apa itu Polyglot Gathering? Mari kita lihat kata-kata para peserta kami!
Polyglot Gathering telah mengubah hidup saya. Saya pernah menjadi satu-satunya orang yang saya tahu yang suka belajar bahasa. Walaupun rakan-rakan saya menyokong saya dalam hobi ini, namun saya tidak mampu untuk bercakap dengan mereka tentang pelbagai bahasa, apatah lagi dalam pelbagai bahasa!. Komuniti yang hebat ini telah membantu saya lebih memahami diri saya dan cinta saya akan bahasa, mempertemukan saya dengan berpuluh-puluh kawan rapat seumur hidup, bahkan membantu saya membina satu perniagaan yang berjaya dengan bahasa. Ayuh, sertai kami!
Polyglot Gathering merupakan sebuah sambutan untuk keseronokan belajar bahasa yang sangat mengalu-alukan kehadiran semua. Anda akan mendengar ceramah-ceramah yang memberi inspirasi, mengambil tips-tips berguna dan mempunyai peluang untuk berkongsi semangat anda dengan kawan lama dan baru. Ia merupakan acara kemuncak bagi pembelajaran bahasa saya pada tahun ini.
Saya pergi ke Polyglot Gathering saban tahun. Tak sabar rasanya nak berbual dengan lebih ramai pencinta bahasa pada tahun ini!
Polyglot Gathering, secara bersemuka dan dalam talian, telah memberi impak yang besar pada hidup saya. Ia sangat menyeronokkan, kerana saya dikelilingi oleh manusia daripada latar belakang yang berbeza, tetapi mempunyai minat yang sama dan saling menggalakkan antara satu sama lain, tidak kira berapa banyak bahasa yang dituturkan. Pada tahun lepas, perjumpaan secara dalam talian telah melebihi jangkaan saya dan saya tidak sabar untuk mengalaminya semula pada tahun ini - mendengar ceramah yang menarik, bertemu kawan lama di reruang praktis bahasa serta membuat kawan baru ketika aktiviti sosial ialah beberapa contoh tentang apa yang membuatkan Polyglot Gathering dekat di hati saya.
Jutaan terima kasih atas acara ini! Saya belum pernah menghadiri acara yang lebih inklusif – manusia dari banyak negara dan pelbagai umur yang bertutur dalam banyak bahasa! Saya berasa gembira kerana berpeluang untuk turut serta sebagai seorang tetamu dan penceramah. Saya sangat nantikan Polyglot Gathering pada tahun hadapan!
Satu contoh bagaimana bahasa merupakan cara yang terbaik untuk membina jambatan antara budaya dan belajar daripada satu sama lain dan bukannya memfokuskan kepada perbezaan. Saya dapati bahawa banyak orang yang berfikiran sama seperti saya dan yang suka bertukar-tukar bahasa sepanjang masa.
Apabila anda berkumpul bersama dengan orang-orang yang berkongsi minat yang sama dengan anda dalam mempelajari bahasa, ia saat yang terbaik. Selama lima hari berturut-turut, anda dapat mempraktikkan bahasa-bahasa anda, belajar tentang topik berkaitan bahasa dan bertemu orang-orang baru dari seluruh dunia yang dahulunya anda tidak kenal, namun kini menjadi rakan.
Ia memberikan anda beratus-ratus rakan pertukaran bahasa, sahabat seperjalanan, tempat berehat dan tempat meluahkan perasaan.
Bertemu dengan orang-orang yang menarik. Bertemu dengan orang lain yang berminat dengan bahasa dan persefahaman budaya. Menginspirasikan saya untuk menambahbaik cara saya belajar bahasa. Bertemu dengan rakan-rakan.
Ia satu daripada perkara yang bermakna bagi saya pada tahun ini. Bukan setakat pada waktu Gathering sahaja, tetapi juga pada bulan-bulan dan minggu-minggu sebelumnya yang saya nantikan, serta inspirasi yang saya bawa pulang daripada setiap edisi Gathering.
Ia satu tempat untuk bertemu semua jenis peminat bahasa dalam suasana yang sangat terbuka, mesra dan penuh kepelbagaian.
Selagi anda rasa bahasa itu menarik, anda akan rasa selesa!
Ia satu tempat di mana kita dapat berhubung dengan orang-orang dari seluruh dunia dengan aman dan terhormat. Ia satu acara yang bagus kerana semua orang dialu-alukan tidak kira umur atau latar belakang para peserta. Kita juga dapat menjalinkan hubungan melalui minat yang dikongsi bersama, iaitu dapat mempelajari bahasa-bahasa dan budaya-budaya baru.
Ia satu peluang untuk mengakses dunia yang ideal di mana anda dihargai dan idea anda dikongsi bersama. Macam perkhemahan musim panas, tetapi untuk dewasa!
Saya tak pernah sedar bahawa terdapat banyak orang yang berkongsi minat yang sama dengan saya dalam mempelajari bahasa-bahasa. Saya berasa puas apabila mendapat tahu satu acara yang mengumpulkan mereka semua. Saya telah menemui orang-orang saya: minat mereka terhadap bahasa menyokong dan menaikkan minat saya ke tahap yang baru.
Ia SATU-SATUNYA tempat di mana anda tidak berasa janggal kerana mencintai bahasa. Ia merupakan kali pertama di mana saya dikelilingi oleh orang yang mempunyai minat yang sama dengan saya!
Berapa banyak bahasa yang perlu saya tahu untuk saya turut serta?
Bahasa ibunda! Itu sahaja.
Anda tidak wajib bertutur banyak bahasa. Apa yang penting ialah pendekatan anda: jika anda suka belajar bahasa dan anda ingin bertemu orang yang sehaluan dengan anda yang juga cintakan bahasa, Polyglot Gathering merupakan tempat yang sesuai untuk anda!
Kenapa saya perlu hadir?
Bertemu kawan baru
Jika anda fikir belajar bahasa satu kegiatan senggang yang menarik dan anda sedang belajar bahasa baru pada masa lapang, di mana lagi anda akan jumpa lebih daripada 500 orang dengan minat yang sama? ? Inilah tempat yang paling menarik untuk buat kawan baru yang sehaluan.
Bertemu para profesional
Jika anda seorang profesional bahasa, guru, jurubahasa atau penterjemah, dan ingin membina rangkaian proaktif dan komunikasi strategik dengan matlamat yang jelas untuk memanfaatkan anjakan paradigma dalam pembelajaran bahasa dan usaha untuk berfikir di luar kotak tanpa perlu bersusah payah, maka menghadiri Polyglot Gathering boleh membantu anda untuk pergi lebih jauh dan membawa kepada situasi menang-menang. Dan jika anda datang ke sini selepas anda mencari kata-kata kunci ini, kami faham anda dan ingin berbicara dengan anda di laman ini!
Republik Czech merupakan sebuah negara yang perlu berada dalam radar pengembaraan anda. Permata Eropah Tengah ini menawarkan pelbagai tarikan dan pengalaman yang menarik, termasuklah kota-kota bersejarah yang menakjubkan, kampung-kampung yang cantik dan pelbagai keindahan alami. Ada sesuatu tarikan untuk sesiapa sahaja yang berada di sini, maka bercutilah dengan lebih lama dan terokailah sudut-sudut Republik Czech yang unik dan menawan!
Semak bahasa Czech anda
Menerokai bahasa Czech di Prague merupakan suatu pengalaman yang bernilai. Mungkin menguasai frasa strč prst skrz krk bukan suatu keperluan, bahkan perkataan yang digunakan sehari-hari seperti čtvrtek (Khamis) dan zmrzlina (aiskrim) sahaja sudah agak mencabar! Belajar bahasa Czech membuka pintu kepada interaksi yang tulen, wawasan budaya tempatan serta hubungan yang lebih mendalam dengan atmosfera Brno yang penuh ceria.
Peluang mengembara
Peluang mengembara di sekitar Eropah Tengah dan Timur: Jerman, Poland, Slovakia dan Austria berada di dalam Kawasan Schengen. Tiada kos tambahan untuk perayauan telefon dan data, oleh itu ia memudahkan pengembaraan anda.
Apa yang orang buat semasa Polyglot Gathering?
menghadiri ceramah-ceramah dengan tips belajar bahasa yang praktikal dan banyak topik menarik berkaitan bahasa (kebanyakannya dalam bahasa Inggeris tetapi ada juga dalam bahasa lain) dan bahkan mencadangkan ceramah mereka sendiri
berkongsi tips, pandangan dan pemikiran mereka ketika sesi syarahan Kilat (syarahan spontan yang pendek)
melawat bengkel amali tentang bahasa yang jarang diketahui serta lain-lain kemahiran belajar bahasa
berbual dengan orang lain dalam mana-mana bahasa yang mereka kongsi bersama (setiap orang mempunyai tanda nama dengan semua bahasa yang mereka ingin bertutur dalamnya) dan menyertai Meja Praktis Bahasa bagi mempraktikkan bahasa-bahasa tertentu.
lepak di tempat perjumpaan yang selesa di sela-sela ceramah (termasuk zon nir-Inggeris, zon Permainan Berpapan, zon mengopi (dengan kopi percuma!) atau zon Penaja
menikmati konsert multibahasa, mengambil bahagian secara aktif pada malam kebudayaan
melawat bandar dan kawasan sekitar, menghabiskan masa di kedai-kedai buku tempatan dan merasai makanan serantau di pub dan restoran-restoran
berkongsi buku bahasa lama dan makanan kudapan/minuman segar dari negara mereka
Polyglot Gathering di dalam gambar
Siapakah penganjur acara ini?
Judith Meyer, Chuck Smith dan Martin Sawitzki ialah para pengasas serta penganjur acara ini bagi tiga edisi pertama pada tahun 2014-2016. Setelah itu, Polyglot Gathering telah berpindah dari Berlin, Jerman ke Bratislava, Slovakia dan sejak daripada itu acara ini telah dianjurkan oleh sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, Education@Internet (E@I), dengan Peter Baláž sebagai penganjur utama, serta satu pasukan khas pertubuhan ini yang terdiri daripada para multibahasawan dan lain-lain penganjur.
Education@Internet (E@I) merupakan sebuah pasukan antarabangsa yang mengendalikan projek-projek secara dalam talian yang aktif buat kali pertama pada tahun 1999. Menggunakan kepakaran pasukan, E@I telah ditubuhkan secara sah pada tahun 2005 sebagai sebuah pertubuhan belia bukan kerajaan yang neutral dari sudut politik.
Visi E@I ialah dunia yang harmoni dan aman, di mana semua warganya dapat berkomunikasi di seantero dunia dengan mudah dan pantas. Aktiviti-aktiviti pertubuhan ini telah dijalankan seiring dengan visi ini, serta dibantu oleh sekumpulan sukarelawan antarabangsa, seperti menganjurkan dan menyokong projek-projek yang memupuk kepentingan dan kegunaan komunikasi antarabangsa tanpa halangan.
Jika anda menghargai usaha pertubuhan ini terhadap Polyglot Gathering, anda dialu-alukan untuk membuat sumbangan bagi kesinambungan Polyglot Gathering.